RekemenBlogCara Kira Gaji Bulanan Pekerja – Mudah Faham

Cara Kira Gaji Bulanan Pekerja – Mudah Faham

Untuk anda masih lagi baru dengan pengajian / payroll, mungkin cara kira gaji bulanan perkerja ini boleh dijadikan panduan.

Musim buat gaji memang memeningkan admin/hr untuk mengira gaji bulanan pekerja, lagi-lagi yang perlu kira overtime, claim dan juga elaun. Untuk mudah faham pengiraan, anda boleh rujuk cara dibawah ini.

Template Payroll Excel Malaysia

Cara Kira Gaji Bulanan Pekerja

Terdapat dua pengiraan gaji iaitu berdasarkan gaji pokok semata-mata dan satu lagi pengiraan gaji dengan penambahan atau/dan penolakan dari gaji pokok.

Namun begitu, pengiraan kedua-dua ini wajib tolak KWSP, Perkeso dan SIP.

Pengiraan KWSP adalah berdasarkan 11% potongan caruman.

Iklan oleh Google

1. Kira Gaji Pokok Sahaja

Untuk pengiraan gaji pokok sahaja lebih mudah sedikit, hanya perlu tolak KWSP, Perkeso & SIP sahaja. Semua jadual caruman perlu semak di website berkenaan. Klik link dibawah untuk details caruman.

  1. Kadar Caruman KWSP
  2. Kadar Caruman Akta Keselamatan Sosial Pekerja (Akta 4)
  3. Kadar Caruman Sistem Insurans Pekerjaan (Akta 800)

Formula Kira Gaji Bulanan

Gaji Bersih = Gaji Pokok – KWSP – Perkeso – SIP

Contoh:
Gaji Pokok = RM1200

Jadi untuk dapatkan penolakan KWSP, Perkeso & SIP, anda perlu semak dalam jadual atas.

Dalam kes ini:

KWSP = RM132
PERKESO = RM5.75
SIP = RM2.30

Gaji Bersih = RM1200 – RM132 – RM5.75 – RM2.30
Gaji Bersih = RM1059.95

Senang kan, pengiraan dari gaji pokok memang senang! Yang kedua lain sikit.

2. Kira Gaji + Penambahan + Penolakan

Untuk cara kedua ini rumit sedikit sebab ada penambahan dan juga penolakan.

Penambahan biasanya:

  • Bonus
  • Komisen
  • Elaun Tetap
  • Elaun Tak Tetap
  • Tuntutan (Claim)
  • Kerja Lebih Masa (Overtime)

Penolakan:

  • KWSP
  • Perkeso
  • SIP
  • Tidak Hadir (Absent)
  • Cuti Tanpa Gaji (Unpaid Leave)
  • Pendahaluan Tunai (Cash Advance)
  • Pembayaran Balik Pinjaman
  • Cukai Pendapatan

Untuk lebih mudah faham, saya buat tiga bahagian cara pengiraan gaji seperti berikut:

  1. Kira Gaji Pokok + Penamabahan
  2. Kira Gaji Pokok + Penolakan ( Selain KWSP, Perkeso & SIP )
  3. Kira Gaji Pokok + Penamabahan + Penolakan

1. Kira Gaji Pokok + Penamabahan

Pertama sekali untuk pengiraan KWSP, Perkeso, SIP perlu dikira dari Gaji Pokok serta tambahan Bonus, Komisen & Elaun Tetap.

Kurang jelaskan, ok contohnya Pekerja A, Gaji Pokok adalah RM1200. Dan beliau juga ada menerima elaun tetap dari syarikat sebanyak RM100 sebulan.

Jadi, campurkan Gaji Pokok dan Elaun Tetap menjadi RM1300. Seterunya baru boleh dapatkan jumlah perlu tolak untuk 3 serangakai itu:

KWSP = RM143
PERKESO = RM6.75
SIP = RM2.70

Jadi Gaji Bersih = RM1300 – RM143 – RM6.25 – RM2.50
Gaji Bersih = RM1148.25

Begitulah juga pengiraan untuk tambahan bonus dan komisen.

2. Kira Gaji Pokok + Penolakan ( Selain KWSP, Perkeso & SIP )

Maaf ada sedikit perbuhan pengiraan. Akan dikemaskini dalam masa terdekat.

Contoh penolakan di sini adalah penolakan Cuti Tanpa Gaji atau Tidak Hadir. Caranya mudah sahaja. Contohnya Pekerja A mengambil cuti tanpa gaji sebanyak 1 hari dan dengan beranggapan Pekerja A ini tiada penamaban lain.

Gaji Pokok = RM1200
Cuti Tanpa Gaji (CTG) = 1 hari.
Bulan = Mac (31 Hari)

Pengiraan cuti tanpa gaji ada formula dia sendiri.

CTG = Gaji Pokok / Jumlah Hari dalam bulan tersebut X Jumlah Hari CTG
CTG = RM1200 / 31 Hari X 1 Hari
CTG = RM38.71

Setalah dapat gaji selepas tolak CTG baru kira 3 serangkai.

Gaji Selepas Tolak CTG = RM1200 – RM38.71
Gaji Selepas Tolak CTG = RM 1,161.29

Penolakan 3 Serangkai:

KWSP = RM130
PERKESO = RM5.75
SIP = RM2.30

Jadi, Gaji Bersih = ( Gaji Pokok – CTG ) – 3 Serangkai
Gaji Bersih = ( RM1200 – RM38.71 ) – RM130 – RM5.75 – RM2.30
Gaji Bersih = RM1023.24

3. Kira Gaji Pokok + Penamabahan + Penolakan

Maaf ada sedikit perbuhan pengiraan. Akan dikemaskini dalam masa terdekat.

Untuk contoh ketiga ini, kita ambil maklumat dari contoh pertama dan kedua di atas.

Gaji Pokok = RM1200
Elaun Tetap = RM100
CTG = 1 hari.
Bulan = Mac (31 Hari)

Jadi, 3 Serangkai dikira dari Gaji Pokok + Elaun Tetap – CTG

Gaji Pokok + Elaun Tetap – CTG = RM1261.29

KWSP = RM141
PERKESO = RM6.25
SIP = RM2.50

Untuk Pengiraan CTG adalah berdasarkan Gaji Pokok, bukannya Gaji Pokok + Elaun Tetap. Jadi, jumlah CTG adalah sama dengan pengiraan dibahagian dua iaitu RM38.71

Kira Gaji Bersih = Gaji Pokok + Elaun Tetap – CTG – 3 Serangkai
Gaji Bersih = RM1200 + RM100 – RM38.71 – RM141 – RM6.25 – RM2.50
Gaji Bersih = RM1111.54

Ok, begitulah pengiraannya. Ada cara mudah tak? Mestilah ada, anda boleh beli je template excel yang sudah siap. Senang.

Template Excel Kira Gaji

Kira Gaji Pokok Sahaja, anda boleh beli Template Slip Gaji Excel sahaja di www.myexcel.my & maklumat terperinci tentang template boleh rujuk di artikel ini: Template Slip Gaji Excel

Kira Gaji + Penambahan + Penolakan pula anda boleh beli Payroll Excel Template di www.myexcel.my & maklumat terperinci tentang template boleh rujuk di artikel ini: Payroll Excel Template. Untuk Payroll, sudah lengkap pengiraan termasuk OT, Elaun, Komisen & Lain-lain.

Semoga Cara Kira Gaji Bulanan Pekerja ini akan memudahkan anda 🙂

—-

Nak ke Langkawi – Boleh tempah kereta sewa Langkawi dengan www.fhlangkawi.com

 

Komen

96 Comments

Your email address will not be published. Required fields are marked *

  1. hi slmt pagi
    saya ada staff masuk kerja 12 sep gaji dia monthly 3000 ,office kerja 5 hari sahaja soalan saya macam mana nak kira gaji dia . tq

Hak Cipta © Rekemen.MY