Cara Trade In Kereta Sudah Habis Bayar
Tukar kereta baru bukan untuk nampak lebih gah, tapi lebih kepada keselesaan. Kebanyakan akan buat trade in kereta sudah habis bayar dengan kereta baru. Buat dengan delaer, lebih mudah urusan.
Keselesaan yang min maksudkan adalah, contohnya anak semakin bertambah, semestinya mahu kereta lebih besar sedikit.
Kalau dulu pakai Perodua Axia, mungkin lepas 10 tahun, anak pun dah bertambah. Ruang pun kena besar sikit. Jadi dah boleh rancang tukar kereta baru yang besar sedikit. Contoh, Proton X50, Toyota Vios ataupun Honda City.
Dalam artikel ini, min akan kongsikan cara trade in kereta lama dengan Honda City. Sekadar contoh dan kalau nak trade in, boleh hubungi Pn Dilla dibawah.
Cara Trade In Kereta Sudah Habis Bayar
Dekat sini min jelaskan secara ringkas dan padat, untuk mudah korang faham.
- Semak harga kereta yang korang nak beli secara online terlebih dahulu. Sekurang-kurang korang tahu harga pasaran kereta korang.
- Jumpa Penasihat Jualan Honda atau jenama lain, Toyota, Proton. Boleh pergi showroom atau hubungi Pn Dilla jika mahu beli kereta Honda.
- Penasihat Jualan berhubung dengan kedai kereta terpakai
- Hantar kereta korang ke kedai kereta terpakai untuk buat semakan
- Setuju dengan harga, kedai kereta terpakai akan buat bayaran sama ada terus ke dealer kereta atau kepada korang. Jika korang berhasrat nak buat bayaran wang pendahuluan untuk belian kereta baru, biasanya kedai akan terus bayar kepada dealer.
- Hantar dokumen untuk proses pembelian kereta baru
- Penasihat Jualan akan buat urusan pinjaman kereta baru dengan bank
- Setuju dengan tawaran bank, tandatangan perjanjian.
- Dapat Kereta. Anggaran dalam masa sebulan selepas tandatangan dengan bank.
Dealer Honda, Showroom 3S Bangi
Dua pilihan yang korang boleh pilih:
- Pergi showroom dan terus jumpa Pn Dilla, ataupun
- Berhubung melalui WhatsApp sahaja. Jadi, kalau bersetuju terus boleh ke No. 4, terus hantar kereta ke kedai untuk proses semakan. Lebih jimat masa di sini.
Boleh berhubung untuk beli kereta Honda City, Civic, H-RV, B-RV atau lain-lain, korang boleh terus whastapp di sini:
Pn Dilla Honda Bangi : 016-233 0664
WHATSAPP
Lain-lain
Nak tukar nama kereta? Boleh tengok artikel ini: Runner Tukar Nama Kereta