Cara Kira DSR – Debt Service Ratio
Sebelum anda membuat pengiraan Debt Service Ratio (DSR), apa kata anda fahami serba sedikit tentang DSR terlebih dahulu.
Kalkulator DSR ada di bawah artikel ini atau boleh download apps di sini: iKira Kalkulator (Android) atau iKira (iOS)
Apa itu DSR?
DSR adalah peratusan jumlah komitmen hutang setiap bulan yang dibandingkan dengan pendapatan. DSR ini ditetapkan oleh Bank Negara Malaysia (BNM).
Secara umumnya BNM menetapkan DSR pada kadar maksimum 70%. Namun begitu, kadar peratusan ini mungkin berbeza mengikut bank. Ada bank menetapkan 80%, ada 75% dan ada juga 65% sahaja.
Walaubagaimanapun, peratusan DSR yang terbaik adalah 70% kebawah. Jika peratusan DSR anda kurang daripdata 70%, keberangkalian permohonan baru pinjaman anda akan diluluskan.
Formula DSR
DSR = (Jumlah Komitmen Hutang / Pendapatan Bulanan) x 100
Nota: Hutang yang masuk dalam CCRIS. Contohnya, kereta, rumah, pinjaman peribadi, PTPTN, kad kredit dan lain-lain hutang. Kalau hutang dengan kawan tak masuk ya 😛
Contoh Pengiraan DSR
(1) Pendapatan Bulanan Bersih = RM3,000
Komitment Hutang Bulanan:
Kereta = RM500
PTPTN = RM150
Pinjaman Peribadi = RM200
(2) Kad Kredit = RM50
Jumlah Komitmen Hutang Bulanan = RM900
Nota:
(1) Pendapatan bersih setelah ditolak KSWP, Perkeso, LHDN, EIS…
(2) Untuk Kad Kredit, anda boleh kira 5% sahaja dari jumlah hutang kad kredit. Contohnya jumlah hutang kad kredit semasa adalah RM1000, jadi jumlah hutang kad kredit adalah dikira RM50 sahaja sebulan.
DSR = RM900/RM3000 x 100 = 30%
Jumlah DSR adalah 30%, kurang dari 70%. Jadi kebarangkalian permohanan pinjaman akan diluluskan adalah tinggi.
Untuk pengiraan DSR lebih tepat, anda boleh masukkan terus jumlah ansuran bulan bagi pinjaman baru anda.
Sebagai contohnya anda ingin beli rumah yang berharga RM100,000 dan anggaran bulanan bagi pembiyaan rumah tersebut adalah RM500 sebulan.
Bagaimana saya kira anggaran bulanan ini? mudah sahaja, anda bahagikan pinjaman 100k itu dengan 200, maka dapatlah RM500.
Jadi, DSR anda selepas ditambah hutang baru adalah seperti berikut:
Komitmen Hutang Semasa = RM900
Anggaran Hutang Baru = RM500
DSR = (Komitmen Hutang Semasa + Hutang Baru ) / Pendapatan * 100
= (RM900 + RM500) / RM3000 * 100
= 47%
Dengan DSR 47% ini, kebarangkalian pinjaman akan diluluskan adalah tinggi. Boleh mohon sekarang !! 🙂