Template Slip Gaji Excel Malaysia
Untuk anda yang masih lagi baru dalam dunia perniagaan dan pekerja masih lagi sedikit, mungkin anda boleh menggunakan template slip gaji excel ini untuk membuat slip penggajian.
Template Slip Gaji ini menggunakan microsoft excel sepenuhnya. Mudah dan cepat. Template ini khas untuk buat slip gaji tanpa menyimpan rekod bulan-bulan lepas. Untuk simpan rekod penggajian boleh guna template Payroll Excel.
Dengan Payroll Excel anda dapat menyimpan rekod penggajian lepas dan boleh membuat pengiraan lengkap termasuk OT, Elaun, Claim, Bonus, anda boleh menggunakan template payroll excel. Maklumat terperinci boleh rujuk di artikel ini: Payroll Excel (V1) atau Payroll Excel (V2) – Lagi Fleksibel |
Jika anda memerlukan sekadar slip gaji dengan data pekerja, boleh guna template di bawah ini sahaja. Lebih ringkas.
Template Slip Gaji Excel
Template ini mudah diguna, boleh simpan data pekerja. Bila sampai masa hari gaji, boleh terus pilih bulan dan nama, terus siap slip gaji. Untuk anda yang kerja sendiri boleh juga guna template ini.
Template slip gaji excel ini tersedian dengan dua bahasa iaitu Bahasa Malaysia dan juga Inggeris.
Berikut adalah contoh template slip gaji guna excel:
Contoh bila print:
Kelebihan Template Slip Gaji Excel
- Boleh simpan maklumat pekerja, bila nak print terus boleh pilih. Rujuk video dibawah.
- Ada 2 bahasa, Bahasa Malaysia & Inggeris
- Semua dah auto kira KWSP, Perkeso & SIP berdasarkan gaji pokok yang disimpan dalam tab pekerja. Kecuali cukai pendapatan. terlalu banyak formula untuk dibuat dalam excel. Untuk cukai, boleh masukkan secara manual.
Penerangan Tab Sheet Template Slip Gaji
1. Tab Panduan
Penerangan secara ringkas cara pengguna slip gaji excel ini.
Warna merah – tak perlu isi, sudah ada formula
Warna hijau – boleh tukar dan tambah.
2. KWSP (Baru Tambah 01/06/2021)
Kalau sebelum ini pengiraan terus dari peratus, dan tidak tepat. Jadi saya buatkan satu tab untuk KWSP, mengikut kadar yang telah ditetapkan oleh KWSP.
Dalam tab ini anda boleh Simpan kadar yang dikenakan oleh pihak KWSP di sini. Jika ada perbuhan, boleh kemaskini. tiada masalah. Formula telah dimasukkan sehingga 10000 barisan. Kecuali ada perubahan yang ketara dari pihak KWSP.
Kadar Semasa adalah 9% pekerja & 12% Majikan. Kadar yang ditetapkan untuk excel ini adalah sehingga gaji RM20,000 sahaja.
3. Perkeso
Simpan kadar yang dikenakan oleh perkeso di sini. Jika ada perbuhan, boleh kemaskini. tiada masalah. Formula telah dimasukkan sehingga 10000 barisan. Kecuali ada perubahan yang ketara dari pihak perkeso.
4. Tab (SIP) – Skim Insurans Pekerja
Lebih kurang sama dengan Perkeso, kadar yang ditetapkan oleh pihak Perskeso. Dalam english, EIS iaitu Employment Insurance System
5. Tab Pekerja
Dekat tab pekerja, dekat sini anda boleh simpan senarai pekerja yang ada, termasuk gaji pokok.
Maksimum 100 orang sahaja. Formula hanya untuk 100 perkeja. Kalau sudah sampai 100, anda boleh padam rekod lama. Jika 100 orang perkerja aktif, sebenarnya anda perlukan sistem 🙂
6. Tab Slip Gaji 1 & 2
Dekat sini, anda boleh print slip gaji. Slip Gaji 1 – tema warna biru. Manakala 2 tema warna hijau.
Video Demo Template Slip Gaji Excel
video dibawah ini mungkin berbeza sedikit dengan versi terkini. Namun begitu, bukanlah ketara sangat.
Cara Print Payslip Template Excel
Windows User
- Tekan keyboard Ctrl+P
- Pilih Active Sheet
- Pilih printer “Microsoft Print to PDF”
MacOs User
- Tekan keyboard Ctrl+P
- Pilih Active Sheet
- Tukar “PDF” kepada “Save as PDF”
- Dan save!
Cara Beli Slip Gaji Excel Ini
- Beli di MY Excel. Sekali bayar.
- Kami akan hantar Template Payslip Excel ke email anda dalam masa 24 jam. Kalau lambat atau kami terlepas pandang, boleh terus email ke [email protected]
- Selesai dan boleh guna.
kadar kwsp untuk sekarang 11% untuk pekerja dan 13% majikan.. peneragan diatas masih lagi menggunakan kadar lama.. sudah ubah atau belum?
sudah ubah ikut yang semasa.
Dah byr x dpt lagi pun???
Saya sudah email semalam pukul 4:15 PM. Boleh semak spam juga.
Saya nk beli nie comfirm ek nk kluar moto baru nie
boleh beli dan bagi email
salam. saya sudah bayar ye.
kadar kwsp sekrang utk majikan 13% kan
Ya 12% @ 13%
Sy dah bayar. Nak dapatkan template macam mana ye?
saya dah email. Boleh semak spam juga.
Dh email ke kepada saya
Baik, sudah hantar 🙂
SAYA DAH PAYMENT MELALUI SHOPPEE
Baik, sudah hantar 🙂
Hi, mcm mn kalau ad kenaikan gaji ? contoh bln 6 gaji 1000, bln 7 ada kenaikan 1500? nk update mcm mn ?
template ni untuk kira gaji pada bulan semasa sahaja. boleh terus kemaskini gaji terkini.
Kalau untuk simpan data gaji sebelum, boleh guna payroll ini: Payroll Slip Gaji
boss ada buat soft copy template untuk invoice tak
Ada, boleh beli di shopee https://shopee.com.my/product/390666888/9416614127/
template ni siap dengan softcopy sekali ke
Ya betul, hantar softcopy ke email
Saya sudah bayar
Sudah hantar petang tadi. Boleh semak spam juga
Saya dah buat pembayaran
Baik, sudah hantar 🙂
nak tanya, nih excel utk slip gaji sahaja ker atau sekali pengiraan dlm excel? sekali dgn report excel ker?
Ada pengiraan. untuk gaji pokok shj. Report tiada.
kalau nak report boleh ambil Payroll https://www.rekemen.my/info/template-payroll-excel-malaysia-v2/
Sy dh buat pembayaran nanti tlg check ya
saya sudah hantar. boleh semak spam juga