RekemenBlogPengalaman Beli Rumah Subsale

Pengalaman Beli Rumah Subsale

Setelah sekian lama, hari ini baru min berkesempatan nak share Pengalaman Beli Rumah Subsale atau juga dipanggil rumah second hand.

Orang kata beli rumah subsale mudah, tapi bagi pengalaman min sendiri, ianya bukan semudah ABC. Banyak halangan perlu ditempuhi. 

Yang paling leceh sekali, nak kena selalu follow up dengan Ejen dan Laywer (Bank dan SPA). Kalau tak follow up, memang lagi lama la gamaknya.

Rasanya, tak perlu cerita panjang, korang datang sini pun nak cari proses beli rumah subsale je kan. Dah, jom baca pengalaman min di bawah.

Pengalaman Beli Rumah Subsale

Gambar hiasan setelah setahun lebih proses pembelian.

Pengalaman Beli Rumah Subsale

Iklan oleh Google

Ini adalah pengalaman min sendiri, bukan direka-reka ya. Proses beli rumah subsale ini, mengambil masa 1 tahun lebih

Info sikit, rumah min nak beli tu berharga RM180k, Jenis apartment. Rumah tersebut baru sahaja dapat strata title, dan strata title belum lagi dipindahkan dari Developer kepada Pemilik.

Jadinya, bila belum dapat strata title, urusan makin bertambah, sebabnya: Strata Title perlu di tukar kepada pemilik lama terlebih dahulu sebelum di pindah milik kepada pemilik baru. 

Tetapi, min bernasib baik pihak Developer membenarkan pemindahan Title secara terus kepada Pemilik baru. Boleh jimatkan masa di situ. 

Tarikh Maklumat
14-Oct-17 Jumpa Ejen dan Pemilik rumah untuk pengesahan pembelian
15-Oct-17 Bayaran deposit 3.18% kepada agent
16-Oct-17 Hantar dokumen untuk permohanan loan bank kepada ejen, Ejen bagi resit
19-Oct-17 Ejen submit loan bank
7-Nov-17 Ambank Loan approved
9-Nov-17 CIMB loan approved (min PILIH yang ni)
13-Nov-17 Sign LO CIMB
26-Nov-17 Sign SNP
27-Nov-17 Bayaran deposit 6.82% kepada Lawyer SPA ZJ
Legal fee snp  ZJ
21-Dec-17 Bayar Tambahan Consent Direct Transfer ZJ
13-Feb-18 Sign MOT (for direct tranfer)
15-Mar-18 Sign Agreement CIMB
16-Apr-18 Topup Charge Fee for Stamp Duty – 2nd House – Lawyer Bank AML
30-May-18 Lawyer Bank Apply CTC
13-Jun-18 CTC diluluskan oleh Pejabat Tanah
5-Jul-18 Masalah Ejaan dekat CTC, MOT, LU
6-Aug-18 Selesai masalah ejaan. Lawyer Bank submit ke bank utk proses disbursement
10-Aug-18 1st disbursement
4-Sep-18 Bayaran Bulan Pertama min kena bayar kepada bank CIMB
10-Sep-18 Duti Stem LHDN – Rumah kedua – Lawyer ZJ
11-Sep-18 Serah hak dari developer – ZJ 
30-Sep-18 Bayaran Bulan Kedua Min, rumah belum dapat. Sedih-sedih.
17-Oct-18 Geran Ori dari developer – ZJ
18-Oct-18 Masalah MOT LHDN pulak..ambil masa 3 hari
30-Oct-18 Selesai masalah MOT LHDN
30-Oct-18 Bayaran Bulan Ketiga. Masih belum dapat kunci. haru…
31-Oct-18 Lawyer Bank minta dari lawyer S&P,
Cukai Tanah untuk Stara unit
Borang 44 dari developer
2-Nov-18 Lawyer bank terima Cukai Tanah & Borang 44
7-Nov-18 Lawyer bank pergi present dekat pejabat tanah
19-Nov-18 Lawyer Bank advise Bank untuk buat 2nd disbursement
26-Nov-18 2nd disbursement
4-Dec-18 Vendor selesaikan hutang tertunggak, IWK, TNB, SYABAS, CUKAI PINTU
5-Dec-18 Dapat duit cashback
8-Dec-18 Downpayment buat renovation sikit. Tambah table top sinki.
31-Dec-18 Buat bayaran penuh untuk renovation
  Beli kipas
  Beli langsir
  Upah Plumber
10-Jan-19 Tukar nama TNB Deposit
26-Jan-19 Bayar cukai pintu 2019 yang tertunggak
14-Feb-19 Tukar nama cukai pintu
14-Feb-19 Tukar nama syabas Deposit
Mac-19 Masih kosong bayar je dekat bank 
Apr-19 Baru penyewa masuk. Yeay!

Itu sahaja pengalaman min beli rumah subsale, mengambil masa setahun lebih. Sabar jela kan.

Kalau dah ramai view post ini, nanti min kemaskini kos-kos yang terlibat semasa proses beli rumah subsale ini. 🙂

Kos Beli Rumah Subsale

Kos modal secara kasar: RM29K. Modal terperinci boleh rujuk di bawah.

1. Deposit RM16,000
2. Lawyer SnP: RM3,465
3. Lawyer Bank: RM5,000 (Masuk Loan)
4. Valuation: RM850 (Masuk Loan)
5. MRTT: RM2,700 (Masuk Loan)
6. Stamp Duty Rumah kedua: RM3,600
7. Direct transfer fee: RM400
8. Tukar Nama TNB, Cukai Pintu, Syabas: RM450
9. Renovation: RM3,000
10. Bayaran sebelum dapat kunci: RM2,460

Maksudnya, nak selamat nak kena ada RM30k untuk beli rumah berharga RM180K. Ini adalah pengalaman peribadi. Mungkin berbeza dari otai-otai lama yang arif dalam bidang hartanah.

—–

Akan datang, min akan bagi website yang boleh semak harga market value rumah. Jadi nanti senang untuk korang rujuk. Tunggu ya!

 

 

 

Komen

51 Comments

Your email address will not be published. Required fields are marked *

  1. Salam tuan, saya nak tanya post tuan pasal salah ejaan. Kalau alamat saya tersilap sepatutnya ZC3 tapi dalam LO tulis 2Z3, ada masalah ke tuan?

    1. Wslm, saya dulu salah ejaan nama. Alamat tu alamat rumah yang dibeli ke? kalau ya, sebaiknya perlu tukar. Rujuk dengan lawyer.

  2. Salam tuan Saya nak tnya ,. Saya Ade beli rumah Kos rendah dgn harga 150k . Saya dah byr deposit rumah tu sbyk sbyk 4770,. Latter offer pun Saya dah sign ,.cuma yg Jadi mslh sekarang lawyer SNP dulu yg minta sign Dan balance 10230 BG pada lawyer SNP,. sedang lawyer dari bank(loan) Saya x sign lagi ,. Boleh ke Saya sign dulu SNP?..Saya risau bila Saya dah sign SNP,. lawyer bank pulak yg Jadi mslh..

    Agak² berapa lagi Kos yg perlu Saya kena Ade?,.selain duit lawyer SNP Dan valuation..

    1. wslm, pendapat sy, sebaiknya tunggu loan bank terlebih dahulu. baru sign snp dan bayar baki.

      kos lain Tukar Nama TNB, Cukai Pintu, Syabas. dalam anggaran RM500. kos-kos sampingan lain terpulang pada tuan. Bajet 1-2K ke.

  3. Salam tuan,sy ada buat pembelian rumah subsale pada akhir dec2019. Semua deposit 10%. Lawyer bank/snp sy dah bayar habis. kalau ikot dalam quotation lawyer snp sy dah bayar full. Insyallah akhir bulan ni akan selesai dan saya tiada apa2 tunggakan lagi,cuma keliru sikit dengan statment tuan.
    Pertama: ada bayaran lagi sebelum dapat kunci? Bayaran apa maksud tuan ya? Memang ada kos2 tersembunyi dari lawyer snp ke sebelum dapat kunci rumah?

    Kedua: sya ada buat mark up loan,duit cash back yang lawyer bayar pada kita tu sekali gus atau berperingkat?

    Ketiga: rasanya tempoh pembelian rumah saya dan tuan hampir sama,soalan nya ada x apa2 cas yang dikenakan pada kita disebabkan tempoh jual/beli melebihi setahun? Sebab sy pernah terbaca kita boleh dicas atas urusan kelewatan jual beli rumah walaupun bukan lah salah datang dari kita.

    1. wslm,

      1. Kes saya lambat sikit, bayaran sebelum dapat kunci tu adalah bayaran kepada bank. bukan kos tersembunyi. contoh kalau bank tn dah disburse (sudah buat bayaran kepada penjual), bulan hadapan tu terus kena bayar dekat bank walapun proses belum selesai sepenuhnya.

      2. sekali gus, lepas selesai.

      3. kes saya ni tiada cas kelewatan. boleh bincang biasanya. jangan risau.

  4. Salam tuan, nak tanya.. loan saya dah lulus. tapi sekarang sangkut sebab rumah under master title. lagi satu, nak kena tunggu keputusan dari gov sama ada lepas syarat ke tak sebab saya beli rumah low cost. kalau gaji suami isteri lebih 5k katanya tak lepas. tuan ada tak kena submit kelayakan kepada gov ni? ambil masa yang lama tak? lagi satu banker kata kalau gaji sharing lebih 5k nanti sangkut kat cargamas.

    1. wslm, kalau tak nak cari masalah batal sahaja. low cost memang syarat macam tu kecuali belian secara lelong. cuba berbincang dengan penjual/peguam untuk cancel dan dapatkan deposit balik.

  5. Salam tuan.maaf nk tanya.saya pembeli dan first disburse bank saya dah buat awal december 2020..sepatutnya bulan ni Jan 2021 dah ada penolakan..tapi sekarang tiada penolakan berlaku.boleh tahu kenapa kes saya ni?

  6. Salam, sy beli rumah subsale jugak , sy ikot procedure yg di guide oleh agent tapi sekarang owner lama yg ade hutang tak settle lagi dlm 9k lbih, sekarang da drag sthon , adakah akan makan mase lama lagi proses sy ni ?

    1. wslm, saya pun bukan arif sangat bab-bab ni. mungkin boleh cuba tanya lawyer cara nak selesaikan masalah ni.

  7. Salam tuan..maaf nk tanaya..maksud bayaran sebelum dapat kunci tu, bayaran bulanan tuan kepada bank ke?
    Leasehold ke freehold?
    Terima kasih tuan

  8. Assalamualaikum saya nak tanya . Saya loan sudah lulus 100% 158k . Duit lowyer nanti bayar melalui akaun 2 kwsp diorang cakap semua prbayaran guna duit dalam kwsp la . Jadi saya memang x perlu keluar duit cash di tangan ka nanti . Sampai habis serah kunci.. kwsp akaun 2 ada 14k trmsuk wife .. terima kasih

    1. wslm, berapa sebut harga kos lawyer? Secara kasar anggaran kos lawyer (Bank & SPA) 5% dan lain-lain 1% . Anggaran shj, mungkin berbeza.

      kalau harga rumah RM158k, 6% = RM9480 sahaja lebih kurang. Kalau semua total 14k kena keluar dari KWSP macam banyak tu. tapi kalau untuk persoalan tuan, 14K dari kwsp cukup untuk tanggung kos dan tak perlu keluar duit lagi.

      Apa pun boleh minta sebut harga dengan lawyer dulu.

    2. Selain kos lowyer yang byar melalui kwsp . Ada lagi tak kos yang saya kena bayar sblom dapat kunci rumah . Terima kasih

    3. Tak ada dah. lepas dapat kunci ada lagi sikit kena bayar – Tukar Nama TNB, Cukai Pintu, Syabas: RM450 (Anggaran)

  9. Saya nak tanya jika lambat serah kunci or prosess pembelian rumah ni lambat dr tempoh yg ditetapkan adakah Kita blh claim dgn penjual or lawyer? Sbb Sy pernah terbaca jika x settle utk serah kunci dlm tempoh yg ditetapkan Kita blh claim… Contohnya Masa ditetapkan 4+1 or 6+1.. jika dlm tempoh Masa tu

    1. Saya kurang pasti. Bukan pakar dalam bidang ini. Cuma berkongsi pengalaman shj.

      Apa yang saya tahu, kebiasaanya claim lambat serah kunci ni untuk rumah dari pemaju. Rumah subsale tak pasti.

  10. Maaf nak tanya. saya baru dalam proses nak beli rumah pertama harga 155k. saya nak tanya lawyer bank,valuation & MRTT boleh masuk dalam loan? macam mana cara dia? terima kasih

    1. Biasa pegawai bank akan bagitahu benda ni. Kalau tak bagitahu, boleh cuba tanya pegawai bank semasa berurusan

  11. Terima kasih kerana share pengalaman. Baru2 ni anak saya beli rumah subsale di Bukit Sentosa, Rawang. Mmg ada bbrp kemusykilan yg dia hadapi, terutamanya bila lawyer mintak duit itu dan ini.
    5% deposit, banks’ lawyer fee, SPA lawyer fee, evaluation fee, semua dah bayar. Tapi lawyer tu kata kena tunggu lagi 3 bulan baru dpt kunci.
    Adakah ini mmg standard procedure? Dan kalau ikut pengalaman awak di atas, utk dpt kunci ada bayaran lagi. Mmg mcm tu ke?

  12. Maaf nak tanya..cana ye proses serah kunci rumah subsale? Cana ye kalau dapat kunci tapi tak semua kunci function..kunci yg diberi tak dapat digunakan utk bilik2

    1. Serah macam biasa sahaja. dengan persetujuan antara penjual dan pembeli setelah bayaran penuh dibuat. yang tak dapat guna boleh tanya dengan penjual.

  13. Sorry nk tanye.. klu sy sbg penjual, proses sebelah sy n lawyer dh selesai.. n now kita dh serah semua dokumen pd lawyer pembeli slps consent terakhir dari pjbt tanah keluar, bpe lama anggaran masa utk dpt 1st disbursement ye?

    1. Mengikut pengalaman saya, bila semua dah ada dan lengkap. Lawyer Bank (Pembeli) akan hantar kepada bank untuk proses disbursement. Ambil masa lebih kurang seminggu sahaja dah dapat 1st disbursement tu.

      Yang dari pejabat tu yang ambil masa sikit (lebih kurang 2 minggu juga). huhuhu. Sabar jela. Jadi kalau belum dapat dari Pejabat tanah, anggap sahaja sebulan lagi untuk proses 1st disbursement tu 🙂

  14. Boleh tahu details rumah (low cost selangor atau bukan) dan berapa kos2 yang terlibat? Saya dalam proses beli rumah kedua, area selangor.

    1. Saya beli rumah medium cost. Rumah low cost dah tak boleh beli sebab saya dah ada rumah pertama. Melainkan beli secara lelongan.

      Kos secara kasar: RM29K

      1. Deposit RM16,000
      2. Lawyer SnP: RM3,465
      3. Lawyer Bank: RM5,000 (Masuk Loan)
      4. Valuation: RM850 (Masuk Loan)
      5. MRTT: RM2,700 (Masuk Loan)
      6. Stamp Duty Rumah kedua: RM3,600
      7. Direct transfer fee: RM400
      8. Tukar Nama TNB, Cukai Pintu, Syabas: RM450
      9. Renovation: RM3,000
      10. Bayaran sebelum dapat kunci: RM2,460

      Maksudnya, nak selamat nak kena ada RM30k untuk beli rumah berharga RM180K. Ini adalah pengalaman peribadi. Mungkin berbeza dari otai-otai lama yang arif dalam bidang hartanah.

Hak Cipta © Rekemen.MY