Cara Masak Pulut Pagi Paling Sedap
Hari ini, min nak kongsikan cara masak pulut pagi paling sedap. Kalau nak pulut pagi yang sedap, korang kena masak secara mengukus.
Bahan-bahan:
- Pulut (Boleh agak sendiri berapa banyak nak makan)
Setakat ini, min rekemen korang beli pulut ini. Sedap! Boleh cari dekat Lazada.
Beli di Lazada - Kelapa Parut
- Garam
- Gula Melaka ( Guna gula melaka asli – Yang dibuat dari nira). Gula melaka min guna yang ini, beli dekat pasar. Tak pasti kat mana yang ada jual. Nak cari jenama lain pun boleh, asalkan yang asli, baru sedap.
- Daun Pandan ( Bagi bau wangi )
Cara-cara Masak Pulut Pagi:
- Rendam pulut dengan air semalaman.
- Bilas pulut sebersihnya.
- Gunakan pengukus, letak air dalam periuk pengukus.
- Panaskan air sampai menggelegak.
- Kemudian, letak pulut dan daun pandan di atas macam gambar di bawah ini, buat ruang bulatan di tengah bagi wap air naik.
- Tutup dan biarkan selama 15 minit. Sambil menunggu kukusan, boleh hiris gula melaka seperti gambar dibawah ini.
- Kemudian buka dan kacau pulut bagi masak dengan sekata.
- Bila agak-agak pulut sudah masak, angkat pulut letak dalam bekas untuk dikacau dengan gula melaka tadi.
- Gaul sampai warna pulut sekata.
- Kemudian masukkan balik dalam pengukus dan kukus sehingga masak sekali lagi.
- Gaul kelapa parut dengan garam secukup rasa.
- Hidang & Sedia untuk dimakan!
Jika korang nak guna rice cooker, boleh lihat di blog Azie Kitchen