Cara Kira Gaji Bulanan Pekerja – Mudah Faham
Untuk anda masih lagi baru dengan pengajian / payroll, mungkin cara kira gaji bulanan perkerja ini boleh dijadikan panduan.
Musim buat gaji memang memeningkan admin/hr untuk mengira gaji bulanan pekerja, lagi-lagi yang perlu kira overtime, claim dan juga elaun. Untuk mudah faham pengiraan, anda boleh rujuk cara dibawah ini.
Cara Kira Gaji Bulanan Pekerja
Terdapat dua pengiraan gaji iaitu berdasarkan gaji pokok semata-mata dan satu lagi pengiraan gaji dengan penambahan atau/dan penolakan dari gaji pokok.
Namun begitu, pengiraan kedua-dua ini wajib tolak KWSP, Perkeso dan SIP.
Pengiraan KWSP adalah berdasarkan 11% potongan caruman.
1. Kira Gaji Pokok Sahaja
Untuk pengiraan gaji pokok sahaja lebih mudah sedikit, hanya perlu tolak KWSP, Perkeso & SIP sahaja. Semua jadual caruman perlu semak di website berkenaan. Klik link dibawah untuk details caruman.
- Kadar Caruman KWSP
- Kadar Caruman Akta Keselamatan Sosial Pekerja (Akta 4)
- Kadar Caruman Sistem Insurans Pekerjaan (Akta 800)
Formula Kira Gaji Bulanan
Gaji Bersih = Gaji Pokok – KWSP – Perkeso – SIP
Contoh:
Gaji Pokok = RM1200
Jadi untuk dapatkan penolakan KWSP, Perkeso & SIP, anda perlu semak dalam jadual atas.
Dalam kes ini:
KWSP = RM132
PERKESO = RM5.75
SIP = RM2.30
Gaji Bersih = RM1200 – RM132 – RM5.75 – RM2.30
Gaji Bersih = RM1059.95
Senang kan, pengiraan dari gaji pokok memang senang! Yang kedua lain sikit.
2. Kira Gaji + Penambahan + Penolakan
Untuk cara kedua ini rumit sedikit sebab ada penambahan dan juga penolakan.
Penambahan biasanya:
- Bonus
- Komisen
- Elaun Tetap
- Elaun Tak Tetap
- Tuntutan (Claim)
- Kerja Lebih Masa (Overtime)
Penolakan:
- KWSP
- Perkeso
- SIP
- Tidak Hadir (Absent)
- Cuti Tanpa Gaji (Unpaid Leave)
- Pendahaluan Tunai (Cash Advance)
- Pembayaran Balik Pinjaman
- Cukai Pendapatan
Untuk lebih mudah faham, saya buat tiga bahagian cara pengiraan gaji seperti berikut:
- Kira Gaji Pokok + Penamabahan
- Kira Gaji Pokok + Penolakan ( Selain KWSP, Perkeso & SIP )
- Kira Gaji Pokok + Penamabahan + Penolakan
1. Kira Gaji Pokok + Penamabahan
Pertama sekali untuk pengiraan KWSP, Perkeso, SIP perlu dikira dari Gaji Pokok serta tambahan Bonus, Komisen & Elaun Tetap.
Kurang jelaskan, ok contohnya Pekerja A, Gaji Pokok adalah RM1200. Dan beliau juga ada menerima elaun tetap dari syarikat sebanyak RM100 sebulan.
Jadi, campurkan Gaji Pokok dan Elaun Tetap menjadi RM1300. Seterunya baru boleh dapatkan jumlah perlu tolak untuk 3 serangakai itu:
KWSP = RM143
PERKESO = RM6.75
SIP = RM2.70
Jadi Gaji Bersih = RM1300 – RM143 – RM6.25 – RM2.50
Gaji Bersih = RM1148.25
Begitulah juga pengiraan untuk tambahan bonus dan komisen.
2. Kira Gaji Pokok + Penolakan ( Selain KWSP, Perkeso & SIP )
Maaf ada sedikit perbuhan pengiraan. Akan dikemaskini dalam masa terdekat.
Contoh penolakan di sini adalah penolakan Cuti Tanpa Gaji atau Tidak Hadir. Caranya mudah sahaja. Contohnya Pekerja A mengambil cuti tanpa gaji sebanyak 1 hari dan dengan beranggapan Pekerja A ini tiada penamaban lain.
Gaji Pokok = RM1200
Cuti Tanpa Gaji (CTG) = 1 hari.
Bulan = Mac (31 Hari)
Pengiraan cuti tanpa gaji ada formula dia sendiri.
CTG = Gaji Pokok / Jumlah Hari dalam bulan tersebut X Jumlah Hari CTG
CTG = RM1200 / 31 Hari X 1 Hari
CTG = RM38.71
Setalah dapat gaji selepas tolak CTG baru kira 3 serangkai.
Gaji Selepas Tolak CTG = RM1200 – RM38.71
Gaji Selepas Tolak CTG = RM 1,161.29
Penolakan 3 Serangkai:
KWSP = RM130
PERKESO = RM5.75
SIP = RM2.30
Jadi, Gaji Bersih = ( Gaji Pokok – CTG ) – 3 Serangkai
Gaji Bersih = ( RM1200 – RM38.71 ) – RM130 – RM5.75 – RM2.30
Gaji Bersih = RM1023.24
3. Kira Gaji Pokok + Penamabahan + Penolakan
Maaf ada sedikit perbuhan pengiraan. Akan dikemaskini dalam masa terdekat.
Untuk contoh ketiga ini, kita ambil maklumat dari contoh pertama dan kedua di atas.
Gaji Pokok = RM1200
Elaun Tetap = RM100
CTG = 1 hari.
Bulan = Mac (31 Hari)
Jadi, 3 Serangkai dikira dari Gaji Pokok + Elaun Tetap – CTG
Gaji Pokok + Elaun Tetap – CTG = RM1261.29
KWSP = RM141
PERKESO = RM6.25
SIP = RM2.50
Untuk Pengiraan CTG adalah berdasarkan Gaji Pokok, bukannya Gaji Pokok + Elaun Tetap. Jadi, jumlah CTG adalah sama dengan pengiraan dibahagian dua iaitu RM38.71
Kira Gaji Bersih = Gaji Pokok + Elaun Tetap – CTG – 3 Serangkai
Gaji Bersih = RM1200 + RM100 – RM38.71 – RM141 – RM6.25 – RM2.50
Gaji Bersih = RM1111.54
Ok, begitulah pengiraannya. Ada cara mudah tak? Mestilah ada, anda boleh beli je template excel yang sudah siap. Senang.
Template Excel Kira GajiKira Gaji Pokok Sahaja, anda boleh beli Template Slip Gaji Excel sahaja di www.myexcel.my & maklumat terperinci tentang template boleh rujuk di artikel ini: Template Slip Gaji Excel Kira Gaji + Penambahan + Penolakan pula anda boleh beli Payroll Excel Template di www.myexcel.my & maklumat terperinci tentang template boleh rujuk di artikel ini: Payroll Excel Template. Untuk Payroll, sudah lengkap pengiraan termasuk OT, Elaun, Komisen & Lain-lain. |
Semoga Cara Kira Gaji Bulanan Pekerja ini akan memudahkan anda 🙂
—-
Nak ke Langkawi – Boleh tempah kereta sewa Langkawi dengan www.fhlangkawi.com
dan satu perkara lagi bagaimana pula pengiraan bagi pekerja yg memohon ptptn dan cara pengiraan reduction wages from employee.
kurang pasti untuk PTPTN, boleh rujuk badan berkenaan.
salam tuan, apa yg saya perasaan dalam pengiraan kwsp, perkeso dan sip ada berlaku sedikit perubahan adakah pengiraan kwsp, perkeso dan sip bergantung pada undang-undang kerajaan atau bagaimana?
seperti perkeso pada awalnya rm5.75 dan berubah pada kiraan kedua iaitu rm6. mohon penjelasan dari tuan
Wslm, ya perkeso/sip/kwsp berubah mengikut gaji diterima.
hai, nk tanya… mcm mana pengiraan sebenar kwsp/socso utk pekerja bergaji hari (tiada basic)? sy confuse…
Sebaiknya, cik terus berhubung dengan pihak berkenaan. Call kwsp & socso untuk jawapan lebih tepat.
Nak tanya , jika Kita bekerja 26 Hari.. adakah 1200/26 atau mmng kena bahagi 30/31
Nak kira apa ya?
kira gaji hari ikut jumlah bulan tersebut. bahagi 30/31
Nak tanya… Untuk gaji sehari yang diambil daripada gaji pokok 1200 sebulan… Memang dibahagi dengan jumlah 31 hari ke? Macam mana pulak kalau dalam sebulan/ 31 hari tu, kita ada cuti hari jumaat dan sabtu? Perlu dikira jugak ke untuk dapatkan jumlah gaji sehari.
nak tanya, contoh musim pandemic ni kerja cuma dlm 10 hari saja bekerja sebulan, mcm mana nk buat pengiraan gaji harian pekerja? gaji pokok rm1600.
Maaf cik, bab-bab sebegini mungkin boleh rujuk dengan jabatan kerajaan yang berkenaan.
nak tanya….
kalau cara gaji bulanan untuk pekerja asing macamana?
Maaf saya kurang arif, boleh terus berhubung dengan Jabatan Tenaga Kerja
Hai..nak tanya..
Kalau ada pendahuluan tunaibatau loan, kwsp dan socso dikira ikut gaji pokok atau gaji slps dipotg loan dan advance? Tq
ikut gaji pokok.
nak tnya kalau, kwsp majikan. pekerja punya gaji ke yg ditolak?
bukan. majikan yang bayar
klau pekerja ambil cuti tanpa gaji, KWSP, SOCSO & SIP akan ikut gaji pokok atau gaji pokok – CTG?
Kira selepas tolak CTG. Nak mudah cik beli shj template dah siap 🙂
Template Payroll V2
hai saya nak tanya, jika saya membayar caruman pada bulan Ogos 2021, adakah caruman kwsp pada bulan ogos tersebut berdasarkan gaji pada bulan 7? saya confuse..
Untuk pengesahan boleh hubungi KWSP secara terus.
Sekiranya ada kerja lebih masa (OT) pengiraan gaji jadi macam mana? KWSP, SOCSO & SIP ditolak sebelum atau selepas penambahan OT?
KWSP kira tak termasuk OT
Perkeso termasuk OT
Boleh guna template ini jika berminat, sudah ada formula: Payroll V2
Kalau dalam 1 bulan ada 31 hari dia berkerja dan telah bercuti selama 9 hari tetapi dalam 9 hari tu sudah masuk cuti mingguannya (1minggu ada 1x cuti), tetap di kira 9 hari ke???
Cik nak kira apa ya? cuti tanpa gaji ke apa?
Kalau pekerja baru masuk, gaji pokok kena potong. Elaun kena potong juga ke. Contoh elaun makan.
Kalau bagi pekerja baru masuk, gaji bulan tu kan tak dapat penuh. Jadi nak kira kwsp daripada gaji sebenar dia ke atau gaji yang telah dipotong.
gaji yang telah dipotong.