RekemenBlogCara Main Saham Sendiri

Cara Main Saham Sendiri

Untuk korang yang berjinak-jinak dengan saham, semestinya banyak benda perlu cari dan belajar. Jadi, bagi memudahkan korang, min ringkaskan cara main saham khas untuk newbie atau orang baru.

Cara Main Saham
Design: Freepick.com

Kandungan Artikel

  1. Cari Broker Saham
  2. Buka Akaun CDS
  3. Modal Main Saham
  4. Kos Sampingan Saham
  5. Analisa & Teknikal Saham
  6. Selamat Melabur Saham

1. Cari Broker Saham

Senarai broker saham boleh semak di website Bursa Malaysia. Untuk muslim, boleh ambil dengan broker patuh syariah. Berikut adalah senarai broker yang patuh syariah: 

  • Affin Hwang Investment Bank Berhad 
  • AmInvestment Bank Berhad 
  • BIMB Securities Sdn Bhd 
  • CGS-CIMB Securities Sdn Bhd 
  • Hong Leong Investment Bank 
  • Inter-Pacific Securities Sdn Bhd 
  • Kenanga Investment Bank Berhad 
  • Malacca Securities Sdn Bhd 
  • Maybank Investment Bank Berhad
  • MIDF Amanah Investment Bank Berhad 
  • Public Investment Bank Berhad 
  • RHB Investment Bank Berhad 
  • TA Securities Holdings Berhad
  • UOB Kay Hian Securities Sdn Bhd
  • KAF Equities Sdn Bhd 

Selain patuh syariah, ciri lain korang boleh pilih adalah broker yang boleh trade saham secara online dan juga yuran yang dikenakan adalah rendah.

Min rekemen, berdasarkan pengamatan dan pembacaan, paling rendah yuran broker adalah Malacca Securities Sdn Bhd atau lebih dikenali sebagai Mplus. Tapi min sendiri ambil dengan broker Maybank Investment Bank Berhad.

2. Buka Akaun CDS

Sudah tahu broker mana yang berkenan, korang boleh teruskan dengan membuka akaun CDS. Mplus boleh daftar online di website mereka. Daftar CDS dengan Mplus. Proses daftar boleh rujuk di website tersebut.

Untuk Maybank Investment, boleh daftar di Dataran Maybank KL. Dokumen yang perlu bawa adalah:

Iklan oleh Google

  • Salinan IC
  • Slip Gaji Terkini / Bank Statement
  • Duit RM10

Kebiasaanya, proses pengesahan dan pembukaan akaun mengambil masa seminggu. Kadang-kadang boleh siap awal.

Bila sudah siap, biasanya remiser akan ajar serba sedikit untuk lakukan jual beli saham. 

3. Modal Main Saham

Modal Fasa 1:

Bermodalkan RM100, korang cuba-cuba dulu. Macam sesi suai kenal dengan saham sahaja. Tahu cara jual dan beli saham.

Contohnya, cari harga saham 50 sen seunit. Jadi kos beli saham secara kasar adalah RM50 sahaja. Jumlah keseluruhan termasuk kos sampingan adalah RM63.74 sahaja. 

Sampai satu tahap, korang terus jual saham tersebut sekadar untuk proses pembelajaran tentang jual saham.

Modal Fasa 2:

Modal main saham minimum paling terbaik adalah mengikut jumlah kadar minimum yuran broker yang dikenakan.

Contohnya, Maybank Investment, yuran broker adalah 0.042% atau minimum RM12. Jadi modal terbaik untuk labur saham RM3000.

Kenapa RM3000, bukan RM1000? sebabnya, kalau korang labur RM1000 pun tetap kena bayar yuran broker sebanyak RM12. Orang kata alang-alang nak melabur, gunakanlah sepenuhnya. 

Modal Fasa 3:

Bila sudah yakin, tambahlah modal yang diinginakan. 

Kesimpulan Modal Saham

Untuk orang baru dalam saham, korang boleh download apps iKira. Google Play @ Appstore .

cara main saham sendiri

Apps ini memang mudah untuk korang buat anggaran modal mengikut harga seunit saham. Dari apps tersebut juga boleh tengok anggaran keuntungan bersih juga. 

4. Kos Sampingan Saham

  • Bayaran Broker (Brokerage Fee) – Kalau maybank caj 0.042% atau minimum RM12. Boleh semak yang lain-lain.
  • Bayaran Perlepasan (Clearing Fee) – Caj yang dikenakan oleh Bursa
  • Cukai Kerajaan (Gov Tax) – Cukai semasa 6%
  • Duti Setem – Caj dikenakan adalah RM1 setiap RM1000 pelaburan. Maksimum RM200 sahaja.

Nota: Guna apps iKira untuk mudah. Google Play @ Appstore

5. Analisa & Teknikal Saham

Ini terpulang kepada cara masing-masing. Boleh tengok analisa saham di web Bursamarketplace. Prestasi syarikat yang kita nak beli pun perlu tengok juga. Jika perlu belajar, cari mentor atau masuk kelas berbayar. 

6. Selamat Melabur Saham

Secara teori dan atas kertas, semua nampak wow tentang saham! Yang pasti perlu cuba baru tahu. Hati-hati dan selamat maju jaya dalam saham. 

 

 

 

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Hak Cipta © Rekemen.MY