Pengalaman Beli Rumah Subsale
Setelah sekian lama, hari ini baru min berkesempatan nak share Pengalaman Beli Rumah Subsale atau juga dipanggil rumah second hand.
Orang kata beli rumah subsale mudah, tapi bagi pengalaman min sendiri, ianya bukan semudah ABC. Banyak halangan perlu ditempuhi.
Yang paling leceh sekali, nak kena selalu follow up dengan Ejen dan Laywer (Bank dan SPA). Kalau tak follow up, memang lagi lama la gamaknya.
Rasanya, tak perlu cerita panjang, korang datang sini pun nak cari proses beli rumah subsale je kan. Dah, jom baca pengalaman min di bawah.
Pengalaman Beli Rumah Subsale
Gambar hiasan setelah setahun lebih proses pembelian.
Ini adalah pengalaman min sendiri, bukan direka-reka ya. Proses beli rumah subsale ini, mengambil masa 1 tahun lebih.
Info sikit, rumah min nak beli tu berharga RM180k, Jenis apartment. Rumah tersebut baru sahaja dapat strata title, dan strata title belum lagi dipindahkan dari Developer kepada Pemilik.
Jadinya, bila belum dapat strata title, urusan makin bertambah, sebabnya: Strata Title perlu di tukar kepada pemilik lama terlebih dahulu sebelum di pindah milik kepada pemilik baru.
Tetapi, min bernasib baik pihak Developer membenarkan pemindahan Title secara terus kepada Pemilik baru. Boleh jimatkan masa di situ.
Tarikh | Maklumat |
14-Oct-17 | Jumpa Ejen dan Pemilik rumah untuk pengesahan pembelian |
15-Oct-17 | Bayaran deposit 3.18% kepada agent |
16-Oct-17 | Hantar dokumen untuk permohanan loan bank kepada ejen, Ejen bagi resit |
19-Oct-17 | Ejen submit loan bank |
7-Nov-17 | Ambank Loan approved |
9-Nov-17 | CIMB loan approved (min PILIH yang ni) |
13-Nov-17 | Sign LO CIMB |
26-Nov-17 | Sign SNP |
27-Nov-17 | Bayaran deposit 6.82% kepada Lawyer SPA ZJ |
Legal fee snp ZJ | |
21-Dec-17 | Bayar Tambahan Consent Direct Transfer ZJ |
13-Feb-18 | Sign MOT (for direct tranfer) |
15-Mar-18 | Sign Agreement CIMB |
16-Apr-18 | Topup Charge Fee for Stamp Duty – 2nd House – Lawyer Bank AML |
30-May-18 | Lawyer Bank Apply CTC |
13-Jun-18 | CTC diluluskan oleh Pejabat Tanah |
5-Jul-18 | Masalah Ejaan dekat CTC, MOT, LU |
6-Aug-18 | Selesai masalah ejaan. Lawyer Bank submit ke bank utk proses disbursement |
10-Aug-18 | 1st disbursement |
4-Sep-18 | Bayaran Bulan Pertama min kena bayar kepada bank CIMB |
10-Sep-18 | Duti Stem LHDN – Rumah kedua – Lawyer ZJ |
11-Sep-18 | Serah hak dari developer – ZJ |
30-Sep-18 | Bayaran Bulan Kedua Min, rumah belum dapat. Sedih-sedih. |
17-Oct-18 | Geran Ori dari developer – ZJ |
18-Oct-18 | Masalah MOT LHDN pulak..ambil masa 3 hari |
30-Oct-18 | Selesai masalah MOT LHDN |
30-Oct-18 | Bayaran Bulan Ketiga. Masih belum dapat kunci. haru… |
31-Oct-18 | Lawyer Bank minta dari lawyer S&P, Cukai Tanah untuk Stara unit Borang 44 dari developer |
2-Nov-18 | Lawyer bank terima Cukai Tanah & Borang 44 |
7-Nov-18 | Lawyer bank pergi present dekat pejabat tanah |
19-Nov-18 | Lawyer Bank advise Bank untuk buat 2nd disbursement |
26-Nov-18 | 2nd disbursement |
4-Dec-18 | Vendor selesaikan hutang tertunggak, IWK, TNB, SYABAS, CUKAI PINTU |
5-Dec-18 | Dapat duit cashback |
8-Dec-18 | Downpayment buat renovation sikit. Tambah table top sinki. |
31-Dec-18 | Buat bayaran penuh untuk renovation |
Beli kipas | |
Beli langsir | |
Upah Plumber | |
10-Jan-19 | Tukar nama TNB Deposit |
26-Jan-19 | Bayar cukai pintu 2019 yang tertunggak |
14-Feb-19 | Tukar nama cukai pintu |
14-Feb-19 | Tukar nama syabas Deposit |
Mac-19 | Masih kosong bayar je dekat bank |
Apr-19 | Baru penyewa masuk. Yeay! |
Itu sahaja pengalaman min beli rumah subsale, mengambil masa setahun lebih. Sabar jela kan.
Kalau dah ramai view post ini, nanti min kemaskini kos-kos yang terlibat semasa proses beli rumah subsale ini. 🙂
Kos Beli Rumah Subsale
Kos modal secara kasar: RM29K. Modal terperinci boleh rujuk di bawah.
1. Deposit RM16,000
2. Lawyer SnP: RM3,465
3. Lawyer Bank: RM5,000 (Masuk Loan)
4. Valuation: RM850 (Masuk Loan)
5. MRTT: RM2,700 (Masuk Loan)
6. Stamp Duty Rumah kedua: RM3,600
7. Direct transfer fee: RM400
8. Tukar Nama TNB, Cukai Pintu, Syabas: RM450
9. Renovation: RM3,000
10. Bayaran sebelum dapat kunci: RM2,460
Maksudnya, nak selamat nak kena ada RM30k untuk beli rumah berharga RM180K. Ini adalah pengalaman peribadi. Mungkin berbeza dari otai-otai lama yang arif dalam bidang hartanah.
—–
Akan datang, min akan bagi website yang boleh semak harga market value rumah. Jadi nanti senang untuk korang rujuk. Tunggu ya!
Hi salam, saya nak tanya . Kalau buat pembelian rumah subsale unit yg masih under master title (tapi melalui cara direct transfer macam yg tuan buat), geran tu nanti akan dapat atas nama kita ke (pembeli baru) ?. Terima kasih.
Kalau sudah dapat individual title dan hanya belum tukar sahaja, ya boleh. kena tanya pemaju terlebih dahulu dibenarkan ataupun tidak.
sampai setahun juga ya proses ni. macam kes saya juga, kebanyakannya di Penang. memang ambil masa lama, sebab kes strata semua. nak pula kala ada consent lain dalam geran. lg lama nak tunggu, jenuh nak pujuk balik pembeli spaya bersabar.
Ya betul, kena banyak bersabar juga
salam mcmna nak dapat cashback kalau rumah sub sale?
wslm, markup loan. tak semua boleh.
tuan sy nk tanya tempoh untuk bank release cashback slalunya brp lma ye. dlm kes sy lawyer still bg taw doc msih pada bank . almost 7 hari dh.
semua dah selesai, sekejap ke lawyer transfer.
Assalamualaikum tuan.. maaf nak bertanya.. saya diberitahu pegawai bank tak boleh tukar lawyer lepas LO diberi pada lawyer yang di lantik oleh bank.. saya nak tukar lawyer sebab harga agak tinggi.. kalau saya cancel loan bank yg sekarang dan tukar utk bank lain.. akan ada masalah ke?
Wslm, maaf saya kurang arif. Boleh rujuk lawyer yang cik berminat.
Salam tuan,nak tanya,berapa Bayar Tambahan Consent Direct Transfer tu?
wslm
7. Direct transfer fee: RM400
Salam tuan..nak tanya rumah dah start bayar..tetapi urusan belum selesai lagi..masalah nya sekarang rumah tu ada penyewa..jadi adakah saya boleh terus amik sewa dari penyewa tersebut?terima kasih tuan..sebab lawyer mati mati menang kan owner lama.
Wslm, selalunya serah kunci baru boleh masuk. Melainkan budi bicara dengan penjual.
terima kasih
Salaam tuan,
Adakah perlu kita membuka account bank untuk proses cashback? bagaimana cara cashback masuk dlm acc kita?
Wslm, kes saya terus masuk ke akaun bank. Kena bagi nombor akaun dekat lawyer bank.
Salam tuan, tumpang tanya. Sekiranya membeli rumah subsale (RM100k) secara cash adakah anggaran kos yg perlu disediakan sama seperti yang tuan nyatakan di atas. Boleh tuan bantu kos yg hanya perlu utk pembelian cash. Terima kasih
Wslm, maaf saya tiada pengalaman beli cash. Secara teori, kos akan lebih rendah sebab boleh tolak kos lawyer bank. Apa-apa pun boleh rujuk dengan ejen ataupun lawyer puan.
Bukan salah alamat rumah yang dibeli. Alamat rumah surat menyurat.