RekemenInfoCara Buat Email Baru Gmail

Cara Buat Email Baru Gmail

Untuk buat email baru mudah sahaja. Ambil masa 5 minit pun boleh siap. Dah, jom ikut cara buat email baru dalam artikel ini.

Sebelum itu, sedikit info kepada pembaca. Sebenarnya ada banyak penyelia akaun email. Antaranya Google, Microsoft, Yahoo dan banyak lagi. Paling popular adalah Akaun Google atau lebih dikenali sebagai Gmail.

Gmail adalah singkatan kepada Google Email.

Dalam artikel ini, kita akan belajar cara daftar email melalui Google. Video ringkas ada dekat bawah artikel ini

Atikel ini ditulis pada 28 Ogos 2022. Akan dikemaskini dari semasa ke semasa jika perlu dan jika ada perubahan cara pendaftaran.

Cara Buat Email Baru Google

  1. Buka link ini: https://account.google.com
  2. Umumnya, bahasa utama adalah English. Anda boleh tukar Bahasa Melayu dekat bawah jika perlu.
    Cara Buat Email Baru GMail
  3. Kemudian isi semua maklumat diperlukan. Yang paling penting adalah Nama Penguna. Masuk yang mudah diingat. Contoh Nama: Adam Haikal Bin Harun, mungkin anda boleh masukkan nama pengguna sebagai [email protected].
  4. Jika nama pengguna sudah dimiliki, anda boleh tambah nombor dekat belakang. Contohnya, haikal.harun08
    Cara Daftar Email Baru Gmail
  5. Kemudian, tekan butan “Seterunya”.
  6. Di halaman seterunya, isikan maklumat peribadi anda. Untuk nombor telefon dan emel pemulihan adalah pilihan. Boleh tinggalkan kosong jika tiada.
  7. Di halaman seterusnya, Privasi dan Syarat anda boleh klik butan “Saya Setuju“. Kalau rajin boleh baca dulu 🙂
  8. Yeay, siap. Anda boleh terus akses emel anda di sini https://mail.google.com/. Boleh mula hantar email kepada sesiapa sahaja.
  9. Tambahan: Anda juga boleh buka email di telefon dengan memuat turun aplikasi Gmail di Google Play ataupun Appstore.

Video Ringkas Cara Buat Email Baru Gmail

Iklan oleh Google

 

Lain-Lain Artikel

  1. Cara Simpan Resit di Google Drive

 

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Hak Cipta © Rekemen.MY